您的当前位置:首页正文

PA

2021-10-09 来源:欧得旅游网
Pemeliharaan Khazanah Alam Semulajadi Malaysia bermula dengan saya Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita tentang kegiatan jenayah alam sekitar yang boleh disifatkan semakin meruncing dan meyebabkan kualiti alam sekitar telah terjejas. Pembakaran terbuka di beberapa kawasan, pencemaran bau, pembuangan sampah merata-rata, pelepasan asap kenderaan, banjir kilat dan seumpamanya merupakan kegiatan-kegiatan utama yang mencetuskan perosakan khazanah alam semulajadi ini. Beberapa kejadian tanah runtuh yang berlaku kebelakangan ini telah mengakibatkan gangguan kepada eko-sistem di negara ini. Alam tidak boleh dikorbankan sewenang- wenangnya. Kita tidak boleh mengamalkan sikap acuh tak acuh dan mengambil mudah terhadap masalah pencemaran yang terus berlaku. Apakah tanggungjawab yang kita perlu laksanakan bagi memastikan khazanah alam semulajadi yang amat bernilai tidak akan tercemar?

Kesedaran untuk terus memulihara dan memelihara alam sekitar harus bermula dari dalam diri sendiri. Malaysia memiliki kepelbagaian biologi yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Justeru, usaha harus dipergiatkan untuk menjaga amanah Tuhan yang sangat bermakna.

Marilah kita bersama-sama terus memainkan peranan masing-masing sebagai warga yang bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam kurniaan Tuhan. Mulakan langkah pertama hari ini dengan menjaga alam di sekeliling kita agar menjadi pemangkin ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam yang lebih berkesan di peringkat global dan glokal.

Kita haruslah meyertai kempen-kempen yang diadakan oleh pihak kementerian yang berkaitan dengan cara-cara memelihara khazanah alam semulajadi bagi mengekalkan keseimbangan eko-sistem seperti kempen kasih sayang terhadap semua makhluk termasuk binatang dan tumbuh-tumbuhan. Sebagai contoh sekiranya binatang dibunuh, sudah tentu alam sekitar akan tercemar dengan bangkai binatang yang bergelimpangan. Ini akan mencemar alam sekitar dan mengganggu kehidupan di muka bumi terutama manusia. Begitulah juga dengan tumbuh- tumbuhan dan pokok juga perlu dipelihara kerana ia dapat memberi manfaat kepada manusia.

Selain itu, kita haruslah mengurangkan kerosakan terhadap alam semulajadi

apabila kita terpaksa melakukan perubahan kepada alam atau bumi untuk memenuhi keperluan kita, kita mestilah memilih cara yang akan mengakibatkan kerosakan yang minima. Pemelihara dan pemulihara khazanah alam semulajadi merupakan tanggungjawab setiap individu. Semua orang mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan degdradasi alam sekitar yang diakibatkan olehnya. Membuang bahan pencemar di tempat orang lain adalah seumpama kita meracuni orang yang mendiami tempat kita membuang bahan pencemar itu. Kita mestilah melindungi ekosistem yang sedia ada dan memperbaiki semula semua yang telah rosak.

Di samping itu, air yang meliputi 70 % daripada permukaan bumi in juga merupakan salah satu khazanah alam semujadi yang memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan harian kita. Semua benda hidup bergantung pada air untuk kemandirian manusia bergantung kepada air untuk pelbagai kegunnaan seperti minuman, untuk membersihan, memasak, bertani, rekreasi dan sebagainya. Pembangunan yang pesat telah menyebabkan pencemaran sumber air kita melalui aktiviti perindustrian, pertanian, perlombongan dan pembalakan. Pencemaran air didefinisikan sebagai sebarang kemasukan bahan asing ke dalam air yang menyebabkan perubahan fizikal atau kimianya dan seterusnya mengancam kehidupan benda hidup.

Bagaimanakah caranya untuk mengurangkan atau mengawal pencemaran air?

Untuk mengatasi masalah ini, sistem pelupusan sampah sarap dan sistem sanitasi yang sempurna diperlukan supaya sisa dapat diuruskan dengan teratur. Sampah sarap merupakan salah satu punca pencemaran air. Ramai di kalangan kita mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah-sarap ke dalam sungai secara langsung. Terdapat juga golongan yang membuang kumbahan dari tandas terus ke sungai. Tindakan ini mencemarkan sumber air kerana terdapat bakteria-bakteria dalam sisa kumbahan yang akan menurunkan oksigen terlarut (DO) dan seterusnya menurunkan kualiti air. Oleh itu, sebagai insan yang bertanggungjawab dan pelajar yang mencintai alam, kita haruslah mengurangkan jumlah sampah-sarap dan tidak membuang sampah-sarap merata tempat. Malah kita haruslah mengkitarsemulakan barang-

barang yang boleh kitar semula supaya tidak membazirkan alam semulajadi yang bernilai ini dan juga dapat mengekalkan keseimbangan eko-sistem.

Seterusnya, penglibatan dan kerjasama orang ramai juga merupakan cara yang efektif bagi membendung kes pencemaran alam semulajadi. Masyarakat juga memainkan peranan yang amat penting dalam menangani masalah pencemaran air. Orang ramai perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Kita perlu prihatin supaya tidak membuang sampah-sarap ke sungai. Kita harus mengambilkira kesan yang mungkin wujud disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang dijalankan. Air merupakan salah satu sumber yang amat bernilai dan pencemarannya membawa kesan kepada setiap individu. Ia merupakan khazanah untuk kita semua, maka adalah tanggungjawab kita bersama untuk mengawal pencemaran air. Jagalah sumber air kita, demi pembangunan lestari di masa hadapan.

Jika perbuatan membuang sampah merata-rata tidak menjadi masalah, sudah jelas adik-adik tidak memperdulikan masyarakat sekeliling. Sampah boleh mengakibatkan kawasan rumah kita atau bandar kita diami kelihatan kotor. Sampah menyebabkan longkang tersumbat dan menjadi tempat pembiakan tikus dan lalat (pembawa penyakit). Andaikata, jika seorang mula membuang sampah, maka ramai akan turut mengikuti perbuatan itu. Kita selalu mendengar alasan yang diberikan “Orang dah buat apa salahnya kita buat juga.” Jika adik-adik mempunyai pendapat sebegini, dan satu juta orang lain mempunyai pendapat yang sama, apa akan jadi? Sanggupkah kita tinggal di dalam timbunan sampah sarap? Sekiranya adik-adik benci pada tabiat membuang sampah sesuka hati, tunjukkan perasan itu. Warwarkan kepada masyarakat bahawa adik-adik amat prihatin kepada persekitaran hidup yang bersih dan terpelihara. Dengan ini, ia dapat mengurangkan tabiat membuang sampah. Mulai hari ini jika adik-adik terjumpa sampah, kutip dan buang di dalam tong sampah, adik-adik merupakan wira kepada masyarakat!

Bencana hanya wujud jika ia melibatkan manusia sebagai subjek yang menerima impak perubahan atau peristiwa yang berlaku. Adakalanya kita tidak mampu berbuat apa-apa walaupun menyedari bahawa bahaya sedang mara ke arah kita. Bencana alam yang sering terjadi secara tiba-tiba menyebabkan banyak kemusnahan dan kehilangan nyawa. Bencana alam sering dianggap sebagai sesuatu yang „jahat dan kejam‟ hanya kerana ia telah mengorbankan banyak

nyawa yang tidak bersalah serta kemudaratan yang lain. Oleh sebab itu, bencana alam sama ada di masa lampau mahu pun pada masa akan datang tidak lain hanya dikaitkan dengan kemusnahan dan kehilangan nyawa.

Jadilah individu yang memberi sumbangan kearah kebaikan bagi melestarikan alam sekitar yang dicintai. Segala tindakan yang membawa kepada kerosakan dan kemusnahan alam semulajadi hendaklah dihentikan segera.

因篇幅问题不能全部显示,请点此查看更多更全内容